Monday, August 31, 2009

aku menghitung hari menanti.....


tengok orang lain semua bes...bahagia...aku???bahagiakah aku???ermmm...apa yang pasti aku sekarang sedang menghitung hari menanti saat2 manis itu....harap semuanya akan berjalan dengan lancar...harap semuanya akan berakhir dengan gembira dan penuh dengan gelak tawa...ermmm 18 sept 09...lambatnya ko menjelang....tak sabar rasanya aku nak tunggu tarikh yang keramat tu....

hati sangat senang....

huh....besnyerr bila semua kije dah setel...ape jerk yang setel...hehehhe...kaunselor pembimbing sgt sporting....lecturer pula....huhuhu mmg bes...mmg memahami...thankz a lot

Thursday, August 20, 2009

bulan ramadhan


ramadhan al mubarak menjelma lagi...

time ni peluang untuk semua umat islam berebut untuk meningkatkan lagi amalan....

kepada seseapa yg selama ini agak hanyut....

better muhasabahkan diri...(termasuk la aku...)

terawih jgn la lupa...

setahun 30 hari jerkkk......

huahuahua tak sabar rasanya nak balik kampung berposa bersama mama n abah....

Monday, August 17, 2009

fakta menarik....

Ubat gigi jenama Colgate muladiperkenalkan di Perancis dengan namaCue, mengambil sempena nama sebuahmajalah lucah.

macamana la unta boleh lindung matadia dari habuk2, pasir kat pdg pasirkan?? sebab unta ada 3 lapis kelopakmata..

Sekiranya separuh bahagian barat Pelantar Ais Antartika mencair akibat kesan pemanasan dunia, itu saja sudah cukup untuk meninggikan paras laut sebanyak 60 kaki, dan menenggelamkan banyak bandar besar di pinggir laut.

Siri drama televisyen yang paling panjang adalah "Guiding Light" yang telah (dan masih) ditayangkan selama lebih 66 tahun! Ia mula ke udara melalui radio dalam bulan Januari 1937, dan memasuki rangkaian televisyen pada 30 Jun 1952.

Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak..

Makanan yg pling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem...

Filem "Black Hawk Down" yang ditayangkan pada tahun 2002 dibuat berdasarkan sebuah buku yang mencatatkan kisah benar ketika pertempuran di Mogadishu pada tahun 1993. Apa yang sepatutnya disebut secara jelas adalah penglibatan batalion Malaysia yang bertugas di bawah mandat PBB di Somalia. Regimen Askar Melayu Diraja (Mechanized) ke-19 telah menunjukkan keberanian setelah menyelamatkan 75 orang askar Amerika Syarikat di sebalik kekecohan itu, serta mengorbankan seorang askar Malaysia. Turut terlibat adalah sepasukan askar dari Pakistan.

Matahari kita sudah mencapai pertengahan tempoh kewujudannya. Dalam beberapa bilion tahun seterusnya, kesemua hidrogen yang terlibat dalam tindakbalas nuklear di sana akan kehabisan. Matahari akan mengembang dan membakar planet-planet yang berada di orbit berhampiran, termasuk Bumi kita ini.Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi. Bintang yang kedua paling dekat adalah Alpha Centauri yang berjarak 250,000 kali lebih jauh berbanding matahari.

Piala Dunia FIFA 2002 adalah yang pertama kali dianjurkan bersama oleh dua buah negara, iaitu Jepun dan juga Korea Selatan. Ia juga merupakan yang pertama diadakan di benua Asia.Bola sepak adalah sukan terunggul di dunia, dimainkan di semua benua kecuali Antartika. Di setiap benua tersebut juga, bola sepak adalah sukan terutama, kecuali di Amerika Utara (Amerika Syarikat). Piala Dunia FIFA, diadakan setiap 4 tahun, adalah kejohanan paling berprestij. Pemenang piala tersebut dianggap sebagai juara bola sepak seluruh dunia.

Catatan Greek purba menyebut bahawa piramid-piramid di Giza, Mesir dibina oleh ratusan ribu hamba abdi. Hakikatnya, pembinaan menakjubkan itu dilaksanakan oleh peladang yang menantikan banjir tahunan Sungai Nil surut, serta golongan artisan dan pakar pembinaan. Setiap tahun Sungai Nil akan membanjiri tebingnya. Banjir ini penting untuk membekalkan tanah subur buat ladang. Sepanjang masa ladang mereka dibanjiri, para peladang yang tidak dapat mengerjakan ladang mereka itu beralih ke tapak pembinaan piramid dan lain-lain kerja sampingan.Sebuah bandar perindustrian purba yang ditemui berdekatan piramid-piramid itu menunjukkan bahawa semua pekerja itu diberi makan secukupnya, segala penyakit dan kecederaan diberikan rawatan, dan kehidupan mereka secara umumnya diberikan perhatian sebaik-baiknya di sebalik hakikat bahawa mereka terpaksa bekerja keras hingga memaksa diri ke tahap yang sangat menakjubkan. Ini langsung tidak menyerupai kehidupan sebagai hamba abdi

everyday is a blooming day.....


May I make this day a special one

by investing and not spending

by living and not occupying

by loving and not fearing

by enjoying and not destroying

by working and not idling

by learning and not wasting

by praying and not yelling

bila...rasamu itu rasaku.....

ape korang rasa bila semua jam sesi dah selesai....
bagi aku wuaaaa...sangat seronok+gumbira hingga tak terkata....
mmg payah gak nak dapat klien....
tapi sekali dah dapat ok la...
akan bertubi2 datang...

Thursday, August 13, 2009

HARI SEDEY BOO WHAT GTP

AKU SANGAT SEDEY BILA AKU BOLEH TERIMA KEKURANG SOMEBODY....TAPI BAGI DIA, DIA TAK LEY TERIMA.....KADANG2 RASA MCM AKU NI YG TAK GUNA...KADANG2 RASA MCM AKU JER YANG CARIK PASAI...KALAU DAH TAU DEPAN TU JALAN BERLUBANG NAPE KO G LALU LAGI. GUNA LA JALAN LAIN....KATA2 NI MMG KUAT AKU PEGANG...AKU TAK TAU KENAPA DIA BOLEY PIKIQ SMPAI MCM TU....MCM TAK DER PERASAAN...TAPI DIA BERHAK MEMILIH...RAMAI YANG MENANTI, RAMAI YANG MENUNGGU....THEN APA AKU TGGU LAGI KAN....MAY B DIA BUKAN YG TERBAIK....ADOOOIII...PENIN AKU AKU MEMIKIR.AKU MMG JENIS MEMIKIR 1 THING SAMPAI KE AKAR UMBI...ANYWAY THANX A LOT KAT CLAZ 4PKA1 COZ BERUSAHA BAGI TIPS2 KAT GTP....U OLL MMG MEMAHAMI...EVEN ADA CIKGU MSK KELAS THEN SAY IM QUIET MOODY TODAY....U OLL TERDIAM N BERUSAHA NAK BAGI GTP SMILE AGAIN....YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN HARI2 MENDATANG.....KABULKANLAH DOAKU INI YA ALLAH....

Tuesday, August 11, 2009

H1N1.....then GTP jadi GDP---doctor huhu











huhuhu setiap hari school ni....makin ramai stud yg sakit2....dmm la sesema la...sakit tekak la...hati hati pun byk jugak...so kena pakai topeng...hehehhe syiokkk pakai topeng...suasanan school mcm kat ospital jerk...cikgu bertukar jadi doktor....ada yg jadi doc bedah la...apa la....hahahaha dulu cita2 jadi doc tapi tak sempat so time ni la yang boleh nak lepas giat pun...

Monday, August 10, 2009

H1N1.....


H1N1 merebak...betul ke ni..ke semua ini hanyalah influenze yang menyerang. kadang-kadang aku tengok mcm somatoform disorder pun ade gak. sbb aku dengar2 citer diorang ramai2 berpakat then sek ley diishtiharkan tutup....macam2 usaha korang erk...kat assembly tadi pun ramai yang hatinye berbunga...kot2 la....ada pengumuman sek nak tutup....rupa2nye tak der...efect from that ni aku tengok lagi ramai yang sakit....adakah diorang betul2 sakit????tu soalan yang bermain di kepala...keadaan di sekolah dah jadi macam hospital...kenapa aku cakap macam tu...sebabnya ramai yang dah start pakai topeng tutup hidung tu....(opss ada gak yang pakai terbaliknyeerrr...huhu..)so bagi sesiapa ang dulu ada ambition will be a doctor tu masa ni la ley berpesonaliti like a doctor.huhuhu bukan senang kankankan...hehehehhe...so smlm...beberapa orang doctor telah berkampung di sek ni....checking ol da studnt...and ada 3 orang yg dihantar ke emergency...yang lain semua dibenarkan balik ke kampung masing2...smlm baru aku rasa wabak ni mmg sangat teruk...aku yang selalunya tak amik pot sanagt sekarang dah jadi agak gerun dengan semua ini....YA ALLAH YA TUHAN KU....AKU MOHON PADA MU YA ALLAH....SELAMATKANLAH KAMI HAMBA MU YANG LEMAH INI DARI SEGALA BALA DAN MALAPETAKA....AMINNN.....

Sunday, August 9, 2009

congrats to my stud

dulu datangnya jumpa aku...[enuh dengan kekecewaan...cian aku tengok...kat sek lama he is da best student...but...kat cini dia amik vocay...tak pe...tak bermakna dia tidak akan berjaya. so poor little boy....arapan mak n abah dia sanagt tinggi...cita-cita dia nak jadik cikgu sport katanya....tapi cikgu result teruk sejak masuk sek ni....itu ayat yang sering dia ulang pada aku...malam tu...aku jadi konpiusss...ntah la may b masa tu aku penat n letih.aku membantu dia sekadar yang termampu.aku buatkan jadual belajar...aku buat contract with him....aku bimbing dia mcm ne nak wat note kecik...kemahiran mengingat n kemahiran belajar.....aku tengok muka dia penuh sedih, risau,kecewa n risau....kadang-kadang macam nak nangeh pun ade....aku biarkan dia melayan perasaan dia yang berkecamuk tu....hopefully dia dapat ketenangan dari cini....ini cite 2 weeks ago....(arap2 dia ikut sume ni)

10 Ogos 2009 ---10.10am...
aku lalu kat blok vocay...nak cancelkan group KFL untuk kelompok mlm ni....sbb aku akan focus more to indv....then terserempak dgn budak claz dia...dia mana?aku tak nampak pun....si boy cakap cikgu wat ape kat dia......pelik aku...hah ape yang aku dah buat...mampos akuu....(dalam ati ni meneka perkara -ve2 jerk kijenyerrr)...mana dia cikgu nak jumpa.....aku masuk dalam kelas...di hujung sudut kelas aku tengok dia...kemas pakaiannya...bersongkok menunduk muka ke meja....Ya ALLAH....jauhilah aku dari benda2 buruk.....semakin dekat aku menghampiri dia....dia perpaling setelah seda ada orang di belakangnya...."uit cikgu...tak perasan tadi..." aku terus tanya dia..."r u ok????"..."uit saya ok je ni...nape...cikgu nampak saya mcm tak ok ke?...saya tak dmm apa pun...nape cikgu???"....

pelik aku tengok dia...ok jerkkk..tak de apa2 yang salah...sihat jerk...tiba-tiba dia keluarkan 3 helai kertas....kertas tu ada 89%, 94% dan satu lagi 90%.....result paper July tempoh hari...dia dapat 3A1...."timer kasih cikgu...saya tak lupa tunjuk ajar cikgu tempoh hari...saya kongsi jugak dengan budak2 ni..."

Ya Allah syukur kehadrat ilahi....aku berjaya bantu sorang student yang dulunya sangat sedih dengan diri sendiri....GTP arap dia akan berjaya then jadi budak SKOR SEMPURNA 2010 nanti. INSYAALLAH....

Wednesday, August 5, 2009


Jumaat pulak...ada 2 orang adi n naji...datang berlari2...aku tengah wat report masa tu....naji dah nangeh2....cikgu J ngamuk dalam kelas then lari ke toilet nangeh tak kuar2 sampai skrg.saya takut coz dia slalu wat benda bodoh. aku berlari with that gurl ke bangunan teknik. pujuk pny pujuk kuar gak. mcm semalam nye kes....lembik dibuatnya...nangeh semahuya....aku bawak dia ke surau aspura...adi temankan aku n J.J gaduh with F...teruk cikgu...hampir 2 jam aku melepak kat surau biar J tenang....then dorg pun masuk ke kelas....aku pun balik ke B&K....dalam sejam pasti jaji datang lagi cakap J dah hentuk kepala kat dinding sbb tak ley kawal perasaan. masa naji dtg F ada dengan aku. F pun bengang ngan tindakan J...i dunt know what to do. ni story love nye pasai...becinta 1 claz..then macam2 hal....dah depan mata dua2 pihak nak meletup.aku tak nak PK Hem tau benda ni...takut nanti parents kena panggil so dah terangkan kat J n F.diorang aku then janji tak kan wat benda2 mcm ni lagi...penat aku berlari 2x ari ni ke bangunan tekni yg 3 tingkat selamatkan si J dari menghantukkan kepala ke dinding toilet. huh gurlz...jgn wat mcm ni lagi...isau GTP.....

AKU KAH CIKGU?????


OH MY GOD!!!!!

khamis hari tu ade seorang student datang berlari tecungap2.....cikgu puspa ada student nangeh dalam toilet then x nak kuar2...dah lama kitorang pujuk...tapi tak nak kuar jugak...cikgu tolong cikgu.....mak aiii...ape kes pulak ni...naik seram lak aku....semakin dekat...dengan toilet student semakin kuat bunyi tangisan pelajar tu....Ya Allah dah lama ke dia kat dalam ni...dah lama cikgu...jawab stud tadi...aku ketuk pintu dan cuba memujuk stnt tu....cubaan pertama gagal...aku ketuk lagi...nada suara aku masa tu...ok lagi....aku suruh die kuar then aku akan bawak dia ke bilikkaunseling....cubaan ke2 pun gagal...ke3 gagal jugak...ke4 pun gagal...ke5 masih gagal....masuk ke6..(dalam ati ni...budak ni nak memain ke....)aku ketuk lagi kuat pintu toilet tu....tiba2 cikgu biaq saya panjat je la...tak tinggi mana pun ni...pastu sy tolong bukak pintu..kalo mcm ni letih kita...tak tau la dia nak kuar lagi ke tak.....

student tu pun panjat dinding dari toilet sebelah dan bukakkan pintu toilet tu...aku tengok student tu dah lembik...yer la dah nangeh hampir sejam dalam toilet tu...berpeluh-peluh....aku cakap kat studnt tu...nape awak nangeh dalam toilet ni...nape tak datang jumpa cikgu je...dalam toilet ni kan panas....dah tu harum pulak.....tanpa belengah lagi aku pun bawak that gurl ke B&K...ramai yang datang menjenguk....ol boyz ape lagi bersorak2 la.....nasib baik tindakan pantas kaunselor pembimbing aku telah menyelamatkan keadaan. aku biar student tadi nangeh semahu-mahunya....tanpa sebarang patah perkataan...lama juga dia nangeh hampir 2 jam kat B&K n sejam kat toilet...(tak penat kah dia).....last2 dia berhenti dan minta diri untuk pulang ke kelas...dia berjanji akan datang berjumpa GTP esoknya.....perlahan-lahan that gurl meninggalkan B&K......

Monday, August 3, 2009

ONE STEP CLOSER-PRS

minggu2 yang membosankan....walaupun time praktikum ni orang cakap banyak kije...tapi aku still rasa bosan...ntah la bosan ngan apa pun tak pasti. nak kata tak der kije ade...banyak..belambak...bertimbun-timbun...ntah la aku pun tak tau apa yang jadik kat diri ini...ermmm....bila aku tengok2 blog orang len ramai gak yang masukkan school diorang...aku pun jadik teringin nak masukkan kan jugak....
ok sini ade aku letak pic PRS yang terlibat dengan PROGRAM ONE STEP CLOSER.......ini merupakan program pertama yang aku handle...wow agak mencabar.tapi program ni takkan berjaya dengan suksisssssnyeee tanpa PRS form 5 yang banyak tolong, bantu n tak kurang jugak yang tolong tengok...heheheh GTP ucapkan thankssss bebanyak kat korg....GTP sayang kat korg.....so hopefully sesape yang terpilih jadik PRS utuk form 4 tu....arap u ol wat le yg terbaik untuk sek korg k....

modul capai matlamat...fc yang jaga stesyen ni mmg agak kejam...

menguji kekebalan telur emas yang peserta balut

tengok muka ko ni kije ape yerkkk...


kumpulan yang menjadi johan untuk cheers...



angkat peserta-modul kedua terakhir




opsss...abis la...





the mummy return.....















Sunday, August 2, 2009

tragedi buah cempedak....

buah cempedak di luar pagar....
ambil galah tolong jolokkan...
i budak br blajo...drive.....
kalo terrrr xcdent....zeta tolon maapkannnn...

satu petang aku terima panggilan dari kawan aku nama zett...puan zett ni dah kawenn...mintak suh aku carikkan buah durian ngidam katanya...huh ngidam...aku pun fire blek cakap aku br pas cuci keta ko wangi2..nanti bau dulian maaaaa...then dia pun ckp tak pe carikan cempedak pun da ok...iskkkk susah btoi kalo mak buyung dah ngidam ni....aku pun gerak la ke tesco carikkan buah cempedak ngan nor...jalan sumer masuk parking sumer ok...tapi masa time nak kuar dari parking tu...alamak aiiii....aku tak perasan dah dekattttt ngan tiang...so ape lagi...kebaaaaabommmm.....cian keta tu tak besalah....aku pun x der salahnyeee..heheheeh...mampos aku kena mara dek tuan keta ni.... mati la,,,,cik nor cakap relex2...tak der teruk...ok je ni...aku pun dengan selamba...bawak keta tu balik...




time malam aku pi amik puan zett...kebetulan ada xcdent kat stesyen bus kamunting...bas langgor motor.....alamak aiii macam kes aku pagi tadi jerkkk...then aku wat muka tak besalah.aku ngan nor saling berpandangan....hehehe terasa la tu...pas makan sumer balik umah...aku pun.....hehehehe kumpulkan segala kekuatan and bagitau kat dia perkara sebenar....
syukurrrr...puan zett tak marah pun....tapi dalam ati aku tak tau la.....kot2 dia marahhh...ampunnnn...wawawawa dalam ati ni ketaq jugak la...hihihihi...buat puan zett.....jgn mara aku erkk..aku tak sengaja.....tapi buah cempedak tu mmg tak de juai kat sana pun... nanti kita carik kat tempat len....hihihi