Assalamualaikum wbt…
Hari ni GTP nak story tentang dilema ibu-ibu menyusukan anak
kecil… iya betul mengikut kementerian kesihatan memang kita kena menyusu badan
anak kecil kita sekurang-kurangmya 6 bulan tanpa apa2 bahan makan dr sumber
lain. Dalam Al-Quran pun ada menyebut kalau kita tak memberi anak kecil itu
meminum hak mereka iaitu susu badan…nanti anak kecil itu akan menuntutnya kelak
di akhirat.
Semasa aku regnant aku dah buat persiapan mental dan
fizikal…niat di hati memang nak menyusu badan untuk anak aku…tapi aku mana tau
yang aku mempunyai puting (nipple) yang pendek…aku mana penah nak belek
sehingga begitu kankankan…..aku dok ingatkan breast akan automatic jadi mcm
orang lain la….akan terus boleh menyusu bila melahirkan anak….memang air susu
sudah ada…breast aku mula membengkak…hahahah seksi gitu…kahkahkah….. tapi apa
yang aku sangat sedih ketika itu ialah anak aku tak pandai nak menyonyot nenen
mamanya ini…sayu hati bila tengok anak kecil yang baru lahir menangis kelaparan…anaka
aku (Hanaa Nur Dini) berusaha keras menyonyot nenen aku…tapi setiap kali
nyonyotannya pasti putting akan terkeluar dari mulut kecilnya itu….. malam itu
kami dua beranak menangis…sayu betul aku tengok Hanaa…dia kelaparan tapi
terpaksa menghadapati cabaran yang sangat besar untuk meneguk susu mamanya
ini….tak putus-putus aku berdoa…Alhamdulillah…akhirnya datang seorang makcik
misi…kebetulan makcik misi ini anaknya student kat sekolah aku. Dia ambil
Hanaa…dan terus bawa pergi….sejam kemudian makcik misi tu bawa kembali Hanaa
dalam keadaan tidur nyenyak…mungkin penat menangis tadi agaknya…aku
memngucapkan terima kasih pada makcik misi tu….makcik misi tu bersimpati padaku
bila dia memeriksa breast aku yang pendek putingnya. Akhirnya makcik misi yang baik
hati tu memberi aku pam susu untuk mengepam. Aku terus mengepam
susu…Alhamdulillah…banyak susu keluar…bila Hanaa bangun nanti bolehlah aku bagi
Hanaa minum…..
Ok tu satu hal…hal yang lain pula….bila baca blog2…ramai
yang suggest dan ada kempen pun menyeru supaya semua ibu menyusukan anak
mereka…aku memang menyahut cabaran ini…tapi aku hanyalah insan biasa…berlinangan air mata bila Hanaa sampai 3 bulan masih tak selesa dengan
nenen aku….akhirnya memang aku sebahis mungkin mengepam susu aku…aku buat stock
dan sangat2 banyak stock susu untuk Hanaa Nur Dini….(cewah boleh belagak mcm
orang lain amik pic stock susu kankankan…) tapi sedarkah kalian yang suka
mengepost pic2 stock susu…apakah
perasaan ibu2 yang senasib seperti aku???yang sudah berusaha untuk menyusu
badan….tapi gagal akhirnya….ramai juga yang mencemuh… “apa ni…tak bagi anak
minum susu sendiri….” Ada
juga yang cakap “awat tak bagi susu
badan…nak jaga tetek la tu…” tak kurang juga yang cakap “dah tau putting pendek
hang ajaq la anak bagidia pandai….” HOIIIIII aku mak dia aku tau la….dah sampai
ke 3 bulan dia still tak pandai nak nyonyot lagi tahan ka??? Nak bagi 3 bulan
tu dia asyik nangis tak henti2....tapi sedarkah hampa semua…aku dah
berusaha+tawakal+berdoa pada Allah….sedarkah kalian aku juga mengalir air mata
bila setiap kali Hanaa cuba
nyonyot dia akan terlepas the nipple???? Sedarkah kalian setiap kali kalian
tulis kat blog menyatakan kebahagiaan korg menyusu anak dan korg memang tak ada
masalah dengan keaadaan seperti itu….aku merasa dengki dan terhina???? Akukah
yang bersalah…macam2 aku buat…. Segala jenis petua aku turutkan…segala jenis
ubat aku telan demi memastikan aku berjaya menyusukan anak aku sendiri….
Akhirnya aku redha dengan ketentuan Allah… Allah lebih mengetahui semua ini…. Aku
redha….aku redha!!!!!........... lantaklah apa korg nak kata….aku dah give up
ka…tak sayang anak ka apa ka…. Jawapan aku pada hampa semua…. Anak aku aku tau
la macam mana nak jaga…. Aku juga telah prepare segala benda dengan niat suci
murni untuk menyusu badan pada Hanaa Nur Dini… pam aku beli 1 set siap dengan
beg, botol storage, plastic storage dan juga ice pack travel.
Akhirnya hampir masuk umur Hanaa Nur Dini 4 bulan…dia dah
minum susu formula sepenuhnya…tak pa aku redha… Allah lebih tahu….ni satu hal…bila
dah minum susu formula…mulalah orang bertanya…
Org : hang bagi anak hang minum susu apa?
Aku : susu L*******….
Org : awat hang bagi susu murah,,,bagi la susu mahai nanti
anak hang pandai….
Aku : makcik dulu kiranya minum susu murah la kot no…sbb ngaji
takat darjah 6 ja…kesian sungguh….
Org : ermmm cucu aku minum S** Gold…memang cepat belajar
pandai..dah tak sampai setahun dah boleh berjalan….
Aku : owh igtkan dia dah boleh bawah motor ka hafal sifir 14
ka…hebat no cucu makcik…tak pa lah…saya hanya mampu berdoa…bab minum susu apa
tu xdak masalah…kalau dah dididik tak sembahyang dari kecik…bagilah minum apa
pun sampai ke besar dia tak kan
sembahyang…kalau minum susuh murah pun kalau kita ajar dengan elok penuh dengan
kesabaran dan keikhlasan InsyaAllah Allah pasti bagi ganjaran. Manusia ni semua
sama…tak semestinya minum susu mahai dijamin masuk syurga…ok lah saya nak bagi
anak saya tidur…saya naik atas dulu….Assalamualaikum…..
Org : aku bagitau ja…tapi mmg betul la ramai org kata susu
mahai anak jadi pandai.
Aku : haaaaa laaaa ok….budak minum susu mahai pandai… minum
susu murah ni kurang pandai….tak pa la….. (aku blah dari situ sambil terus
ambil Hanaa dari pangkuan dia….dalam hati aku menyumpah gila….)
Aku menulis entry kali ni bukan tak sokong ibu-ibu yang
menyusu badan anak mereka atau (BF)…aku hanya meluah apa aku rasa…setelah aku
berusaha…berusaha dan berusaha…..di sebabkan Hanaa tak direct BF akhirnya susu
kering…..xpalah Hanaa…Allah ada bersama-sama kita sayang…. Aku doakan ibu-ibu
di luar sana tak
menghadapi masalah seperti aku…amin…..
Huh letih aku tulis…..apa2 pun mama syggg Hanaa Dini….plsss jgn salah faham...dgn entry ni...aku mmg sokong ibu2 yg BF....hidup ibu2 BF...cuma nasib aku tak sebaik mereka....