Thursday, January 23, 2014

Susu badan Vs Susu Formula

Assalamualaikum wbt…

Hari ni GTP nak story tentang dilema ibu-ibu menyusukan anak kecil… iya betul mengikut kementerian kesihatan memang kita kena menyusu badan anak kecil kita sekurang-kurangmya 6 bulan tanpa apa2 bahan makan dr sumber lain. Dalam Al-Quran pun ada menyebut kalau kita tak memberi anak kecil itu meminum hak mereka iaitu susu badan…nanti anak kecil itu akan menuntutnya kelak di akhirat.

Semasa aku regnant aku dah buat persiapan mental dan fizikal…niat di hati memang nak menyusu badan untuk anak aku…tapi aku mana tau yang aku mempunyai puting (nipple) yang pendek…aku mana penah nak belek sehingga begitu kankankan…..aku dok ingatkan breast akan automatic jadi mcm orang lain la….akan terus boleh menyusu bila melahirkan anak….memang air susu sudah ada…breast aku mula membengkak…hahahah seksi gitu…kahkahkah….. tapi apa yang aku sangat sedih ketika itu ialah anak aku tak pandai nak menyonyot nenen mamanya ini…sayu hati bila tengok anak kecil yang baru lahir menangis kelaparan…anaka aku (Hanaa Nur Dini) berusaha keras menyonyot nenen aku…tapi setiap kali nyonyotannya pasti putting akan terkeluar dari mulut kecilnya itu….. malam itu kami dua beranak menangis…sayu betul aku tengok Hanaa…dia kelaparan tapi terpaksa menghadapati cabaran yang sangat besar untuk meneguk susu mamanya ini….tak putus-putus aku berdoa…Alhamdulillah…akhirnya datang seorang makcik misi…kebetulan makcik misi ini anaknya student kat sekolah aku. Dia ambil Hanaa…dan terus bawa pergi….sejam kemudian makcik misi tu bawa kembali Hanaa dalam keadaan tidur nyenyak…mungkin penat menangis tadi agaknya…aku memngucapkan terima kasih pada makcik misi tu….makcik misi tu bersimpati padaku bila dia memeriksa breast aku yang pendek putingnya. Akhirnya makcik misi yang baik hati tu memberi aku pam susu untuk mengepam. Aku terus mengepam susu…Alhamdulillah…banyak susu keluar…bila Hanaa bangun nanti bolehlah aku bagi Hanaa minum…..
Ok tu satu hal…hal yang lain pula….bila baca blog2…ramai yang suggest dan ada kempen pun menyeru supaya semua ibu menyusukan anak mereka…aku memang menyahut cabaran ini…tapi aku hanyalah insan biasa…berlinangan air mata bila Hanaa sampai 3 bulan masih tak selesa dengan nenen aku….akhirnya memang aku sebahis mungkin mengepam susu aku…aku buat stock dan sangat2 banyak stock susu untuk Hanaa Nur Dini….(cewah boleh belagak mcm orang lain amik pic stock susu kankankan…) tapi sedarkah kalian yang suka mengepost  pic2 stock susu…apakah perasaan ibu2 yang senasib seperti aku???yang sudah berusaha untuk menyusu badan….tapi gagal akhirnya….ramai juga yang mencemuh… “apa ni…tak bagi anak minum susu sendiri….” Ada juga yang cakap “awat tak  bagi susu badan…nak jaga tetek la tu…” tak kurang juga yang cakap “dah tau putting pendek hang ajaq la anak bagidia pandai….” HOIIIIII aku mak dia aku tau la….dah sampai ke 3 bulan dia still tak pandai nak nyonyot lagi tahan ka??? Nak bagi 3 bulan tu dia asyik nangis tak henti2....tapi sedarkah hampa semua…aku dah berusaha+tawakal+berdoa pada Allah….sedarkah kalian aku juga mengalir air mata bila setiap kali Hanaa cuba nyonyot dia akan terlepas the nipple???? Sedarkah kalian setiap kali kalian tulis kat blog menyatakan kebahagiaan korg menyusu anak dan korg memang tak ada masalah dengan keaadaan seperti itu….aku merasa dengki dan terhina???? Akukah yang bersalah…macam2 aku buat…. Segala jenis petua aku turutkan…segala jenis ubat aku telan demi memastikan aku berjaya menyusukan anak aku sendiri…. Akhirnya aku redha dengan ketentuan Allah… Allah lebih mengetahui semua ini…. Aku redha….aku redha!!!!!........... lantaklah apa korg nak kata….aku dah give up ka…tak sayang anak ka apa ka…. Jawapan aku pada hampa semua…. Anak aku aku tau la macam mana nak jaga…. Aku juga telah prepare segala benda dengan niat suci murni untuk menyusu badan pada Hanaa Nur Dini… pam aku beli 1 set siap dengan beg, botol storage, plastic storage dan juga ice pack travel.

Akhirnya hampir masuk umur Hanaa Nur Dini 4 bulan…dia dah minum susu formula sepenuhnya…tak pa aku redha… Allah lebih tahu….ni satu hal…bila dah minum susu formula…mulalah orang bertanya…

Org : hang bagi anak hang minum susu apa?
Aku : susu L*******….
Org : awat hang bagi susu murah,,,bagi la susu mahai nanti anak hang pandai….
Aku : makcik dulu kiranya minum susu murah la kot no…sbb ngaji takat darjah 6 ja…kesian sungguh….
Org : ermmm cucu aku minum S** Gold…memang cepat belajar pandai..dah tak sampai setahun dah boleh          berjalan….
Aku : owh igtkan dia dah boleh bawah motor ka hafal sifir 14 ka…hebat no cucu makcik…tak pa lah…saya           hanya mampu berdoa…bab minum susu apa tu xdak masalah…kalau dah dididik tak sembahyang                 dari kecik…bagilah minum apa pun sampai ke besar dia tak kan sembahyang…kalau minum susuh               murah pun kalau kita ajar dengan elok penuh dengan kesabaran dan keikhlasan InsyaAllah Allah pasti           bagi ganjaran. Manusia ni semua sama…tak semestinya minum susu mahai dijamin masuk syurga…ok           lah saya nak bagi anak saya tidur…saya naik atas dulu….Assalamualaikum…..
Org : aku bagitau ja…tapi mmg betul la ramai org kata susu mahai anak jadi pandai.
Aku : haaaaa laaaa ok….budak minum susu mahai pandai… minum susu murah ni kurang pandai….tak pa            la….. (aku blah dari situ sambil terus ambil Hanaa dari pangkuan dia….dalam hati aku menyumpah                gila….)



Aku menulis entry kali ni bukan tak sokong ibu-ibu yang menyusu badan anak mereka atau (BF)…aku hanya meluah apa aku rasa…setelah aku berusaha…berusaha dan berusaha…..di sebabkan Hanaa tak direct BF akhirnya susu kering…..xpalah Hanaa…Allah ada bersama-sama kita sayang…. Aku doakan ibu-ibu di luar sana tak menghadapi masalah seperti aku…amin…..

Huh letih aku tulis…..apa2 pun mama syggg Hanaa Dini….plsss jgn salah faham...dgn entry ni...aku mmg sokong ibu2 yg BF....hidup ibu2 BF...cuma nasib aku tak sebaik mereka....



1 comment:

Yanz Ahmad said...

nasib ku juga sama...kecik ati gila bila dok post kat fb atau mana2 media dok cita fully breastfeed la apa la...banyak dh terbukti anak2 isap susu formula bijak dan dengar cakap ibubapa...sapa dia tu? Bukti di antaranya ialah diriku ini hehehehee