Wednesday, June 17, 2009

STORY 2------

Aku belek dan belek lagi... sebuah diari lama... sudah berhabuk... lantas aku mencapai tisu untuk membersihkan habuk itu. Ermmm comel lagi... bisik aku dalam hati. Aku memang rajin menghias kulit diari-diari aku. Semua diari-diari akan aku balut dengan kertas kosong bewarna gelap, dan lepas itu aku akan menampal pelagai kertas dan gambar termasuk fotoku sendiri pada tahuntersebut. Hihihi geli hati aku melihat foto-foto ku dahulu. Menulis diari memang menjadi hobiku... biasalah aku memang suka tidur lewat malam. Tatkala keluarga dan jiran-jiran dibuai mimpi yang indah, tatkala suasana alam menjadi sunyi sepi, tatkala hanya terdengar bunyi unggas dan angin berbisik dan tatkala hanya terdengar bunyi kipas angin kamar ku yang masih aktif dan tak jemu-jemu menyejukkan keadaan di bilikku. Masa itulah idea mencurah perasaan meluap-luap. Seronok sebenarnya menulis diari ni. Perasaan mara, dengaki, benci, dendam, suka, seronok, gembira, pilu dan terkejut pun ada. Semuanya aku abadikan di dalam diari.

1 comment:

Bigs said...

org tak guna diari dah wei.. wakakaka